Free Website Submission - Add URL SonicRun.com PSS SKPELABUHAN KUANTAN: Jagalah Allah, Nescaya Allah Menjagamu

Sunday, March 11, 2012

Jagalah Allah, Nescaya Allah Menjagamu

Usrah minggu ini berkaitan dengan penjagaan Allah.
Banyak yang dibincangkan... ini adalah antara yang saya ingat dan tambah... 

Jagalah Allah, Nescaya Allah Menjagamu
maksudnya hendaklah beramal kerana-Nya dengan penuh ketaatan sehingga Allah tidak memandangmu sebagai orang yang menyalahi perintah-Nya, nescaya kamu mendapati Allah menjadi penolongmu di waktu kesususahan.
Rujukan : Hadis 40 Imam Nawawi -Ust Zahazan & Muhammad Zakaria.

Sebagai hamba Allah kita wajib bergantung sepenuhnya kepada Allah.

Persoalannya kita hanya berupaya mengucapkannya tetapi hati kita sukar berpegang kepada apa yang kita ucapkan.

Ibaratnya kita duduk sendirian di tempat yang sunyi untuk melakukan kerja tetapi hati kita tidak tenteram untuk melakukan kerja itu bukan kerana takutkan Allah tetapi kerana memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Kenapa ini terjadi?
Kita tidak menjadi hamba Allah yang melaksana perintah-Nya sepenuh hati seikhlasnya kepada Allah.
Hati kita tidak diisi dengan zikirullah untuk mengingatinya. Bagaimana untuk mendapatkan penjagaan Allah sedangkan kita sendiri tidak mengingati-Nya.
Hati kita diisi dengan perkara-perkara yang melalaikan..

Bagaimana untuk kita mengatasinya???
1.Didiklah hati untuk kita dapat merasai penjagaan Allah terhadap kita.
2.Banyakkan beristifar dan berzikir dengan mengingati Allah.
3.Banyak mengingati mati kerana bila kita mengingati mati maka kita akan melaksanakan amanah yang ditanggungjawabkan.
4.Tanamkan di hati tiada yang dapat melakukan apa2 ke atas kita tanpa izin dari Allah.

Semua di dunia ini milik Allah..
Bergantunglah sepenuhnya kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya sepenuh hati kita..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment